Suami, isteri bunuh 20 mangsa - Utusan Malaysia

Suami, isteri bunuh 20 mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY 9 Okt. – Seorang lelaki bersama pasangannya yang ditahan di Ecatepec dekat sini ketika cuba membawa bahagian tubuh manusia di dalam troli bayi me­ngaku bersalah membunuh 20 mangsa, dua kali ganda berbanding jumlah yang disyaki sebelum ini.

Pendakwaraya negeri, Alejandro Gomez memberitahu, lelaki terbabit turut mengaku merogol salah seorang wanita selain menjual bahagian tubuh badan mangsa.

Kedua-dua mereka ditahan pada Khamis lalu di Ecatepec atas dakwaan membunuh 10 wanita.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas Gomez, lelaki terbabit turut memberikan maklumat lengkap wanita-wanita ber­kenaan selain memberitahu penyiasat bahawa dia dan isterinya itu membunuh 10 mangsa lain.

“Pasukan pendakwa kini cuba menentukan sama ada itu benar, atau satu serangan pembunuh bersiri.

“Lelaki itu mahu orang ramai melihat siapa dirinya yang sebenar, tahu siapa namanya. Saya mengklasifikasikan individu ini sebagai pembunuh, pembunuh bersiri,” katanya.

Pasangan itu mengaku menjual bayi berusia dua bulan milik salah seorang mangsa pasa­ngan lain yang juga ditahan bagi membantu siasatan, menurut akhbar El Universal.

Gomez memberitahu, kedua-dua pasangan berkenaan disyaki menghidap masalah mental.

Kes berkenaan mengejutkan Mexico dengan beratus-ratus penduduk berhimpun di Ecatepec bagi mendesak tindakan pihak berkuasa terhadap pelaku keganasan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini