ARAU 20 Okt. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka meletakkan anggotanya bagi memantau pemilihan PKR di kesemua tiga cabang parti itu di Perlis yang dijadual berlangsung esok. Perkara itu dimaklumkan oleh Naib Ketua PKR Cabang Arau, Boon Chu Ebau yang mengunjungi pejabat SPRM semalam bagi meminta bantuan pihak berkuasa itu menghantar wakil dalam pemilihan cabang-cabang itu nanti. Katanya, pendekatan tersebut diambil bagi mengelak budaya politik wang dan rasuah berlaku…










