PUTRAJAYA 2 Okt. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 48,626 rekod pemilih yang telah meninggal dunia dan 1,208 pemilih yang hilang taraf kewarganegaraan. Pengerusinya, Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan berkata, itu merupakan salah satu tindakan `pembersihan’ dilakukan Jawatankuasa Dasar Penambahbaikan Daftar Pemilih dalam usaha menangani isu-isu berkaitan daftar pemilih. Menurutnya, jumlah pembersihan itu termasuk pemotongan nama 486 pemilih yang meninggal dunia dan 11 pemilih hilang taraf kewarganegaraan bagi empat Pilihan Raya Kecil (PRK). – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya