KUALA LUMPUR – Spedygo Sdn. Bhd. (Spedygo) bersedia bersaing dalam perkhidmatan panggilan elektronik (e-Panggilan) di Malaysia dengan memperkenalkan Spedy sebagai pengangkutan awam alternatif kepada pengguna. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nor Hamzie Hambali berkata, pihaknya mendapat maklum balas yang memberangsangkan daripada pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan, meskipun baru mula beroperasi awal bulan ini. “Setakat ini, kami hanya memberi tumpuan di Lembah Klang selain penghantaran penumpang yang ingin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala…










