Solekan natural pilihan Kamalia - Utusan Malaysia

Solekan natural pilihan Kamalia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMRAH seorang wanita sememangnya gemarkan sesuatu yang cantik. Perkara itu tidak boleh dinafikan sesiapa. Begitu juga dengan Kamalia Azra Kamarul Azhar yang menyifatkan dirinya obses dengan bersolek.

Katanya, minat terhadap dunia solekan mula timbul dalam dirinya sejak berusia 16 tahun.

“Pada awal usia remaja, saya hanya menyapu gincu. Tetapi lama-kelamaan, saya suka mencuba sesuatu yang baharu. Akhirnya, saya dapati saya gemar mengumpul peralatan solek daripada pelbagai jenama,” katanya kepada S2.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walaupun gemar bersolek, Kamalia Azra sebenarnya begitu menggemari tatarias yang sederhana dan natural.

Solekan yang tidak terlalu tebal menjadi pilihan Kamalia kerana ia menyerlahkan sifat dan peribadinya yang sentiasa bersederhana.

Baru mencecah usia 19 tahun, Kamalia Azra menghabiskan kira-kira RM150 sebulan untuk membeli peralatan dan barangan solekan kegemarannya.

Jelas Kamalia Azra, walaupun obses dengan solekan, dia tidak boros berbelanja setiap kali membeli peralatan bersolek.

Ini kerana katanya, alat dan barangan solekan yang dibeli itu boleh dipakai untuk tempoh yang lama.

Antara jenama alat solek yang digemarinya adalah Tarte, Toofaced, Urban Decay, Maybelline, Sephora, Benefit, Sleek, Kat Von D dan Mac.

Ujar anak kelahiran Kelantan itu, dia juga gemar menyolek wajah wanita yang mahu menghadiri acara makan malam ataupun sesi bergambar.

“Jika ada majlis makan malam, saya akan menyolek wajah rakan-rakan tanpa upah kerana minat. Malah jika mereka ada apa-apa persembahan, saya akan bantu dari segi solekan,” katanya.

Katanya, bersolek mampu meningkatkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai.

Namun katanya, dia tidak kisah jika keluar rumah tanpa solekan tetapi memastikan dirinya menyapu krim pelindung matahari dan sedikit gincu.

“Dari segi jenama pula, saya juga tidak kisah nak pakai jenama apa kerana kulit wajah saya jenis normal,” tambahnya.

Ditanya mengenai perancangan masa hadapan, Kamalia Azra berkata, dia kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat diploma dalam kursus perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tapah, Perak.

Bakal menamatkan pengajian setahun lagi, katanya, dia merancang untuk menyambung pengajian sehingga peringkat ijazah sarjana muda.

“Cita-cita untuk menjadi akauntan akan dicapai sebaik sahaja saya tamat pengajian di peringkat itu nanti,” ujarnya.

 

Kamalia Azra Kamarul Azhar

Umur : 19 tahun

Asal : Kelantan

Adik-beradik : 2 orang

Instagram : kamaliazri

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini