KETUA jurulatih skuad bawah 19 (B-19) negara, Bojan Hodak mahu anak-anak buahnya mengambil serius aksi persahabatan menentang Qatar B-19 yang dilihat sebagai ujian terbaik sebelum mengharungi Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-19 di Indonesia pertengahan bulan ini. Hodak yang berjaya membawa skuad muda Harimau Malaya menjuarai Piala AFF B-19 Julai lepas telah menyenaraikan 24 pemain yang dibawa pada aksi pemanas badan di Doha malam esok. Katanya, aksi menentang Qatar…










