SJA tawar kursus ternakan lobster - Utusan Malaysia

SJA tawar kursus ternakan lobster

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 2 Okt. – Semerak Jaya Agrotech (SJA) yang diiktiraf sebagai pusat latihan kemahiran (PLK) menawarkan kursus pembenihan dan penternakan udang karang air tawar kepada belia menganggur serta pelajar lepasan sekolah untuk menjadikan bidang berkenaan sebagai kerjaya yang mampu memberi pendapatan lumayan.

Pengurusnya, Mohd. Afandi Mahamad berkata, pihaknya amat komited untuk melahirkan usahawan akuakultur muda berdaya maju apatah lagi permintaan terhadap makanan laut itu semakin meningkat.

Beliau berkata, udang karang air tawar atau redclaw crayfish adalah baka dari Australia dan Papua New Guinea yang diluluskan Jabatan Perikanan untuk penternakan hiasan serta komersial.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hidupan ini mendapat permintaan tinggi untuk hidangan eksotik dan mewah. Harganya mencecah RM120 sekilogram untuk udang karang hidup dan RM60 untuk yang dibekukan.

“Dalam setiap tangki penternakan, biasanya 100 ekor udang karang boleh diternak, membesar sehingga lapan sentimeter dalam tempoh empat bulan dan setiap seekor udang karang bersaiz 7.5 sentimeter (sm) mula menghasilkan antara 200 hingga 250 telur.

“Induknya boleh membesar sehingga 35.5 sm yang mampu menghasilkan sehingga 1,000 te­lur dengan tempoh tuaian adalah dua kali sebulan dan dari warna telur, dapat diketahui tempoh ia menetas,” katanya ketika ditemui di Pusat Penternakan Lobster Air Tawar Cherang Ruku, dekat sini, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini