PASIR PUTEH 2 Okt. – Semerak Jaya Agrotech (SJA) yang diiktiraf sebagai pusat latihan kemahiran (PLK) menawarkan kursus pembenihan dan penternakan udang karang air tawar kepada belia menganggur serta pelajar lepasan sekolah untuk menjadikan bidang berkenaan sebagai kerjaya yang mampu memberi pendapatan lumayan. Pengurusnya, Mohd. Afandi Mahamad berkata, pihaknya amat komited untuk melahirkan usahawan akuakultur muda berdaya maju apatah lagi permintaan terhadap makanan laut itu semakin meningkat. Beliau berkata, udang…










