MERSING 2 Okt. – Masih ramai individu memandang remeh aspek pelupusan sisa elektronik (E-Waste) sehinggakan ada mengambil jalan mudah dengan membuangnya ke dasar laut. Namun, tindakan itu memberi ancaman terutamanya terhadap hidupan marin kerana sisa berkenaan mempunyai toksik. Bagi memastikan hidupan marin terus hidup dengan ‘aman’, Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri ini menganjurkan Program Pengumpulan E-Waste Dari Dasar Laut di Pulau Tinggi, dekat sini baru-baru ini. Program yang memasuki tahun…










