ALOR SETAR 21 Okt. – Istiadat Pertabalan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sebagai Sultan Kedah Ke-29, yang akan berlangsung esok, bakal menyingkap kembali kemasyhuran zaman Kesultanan Melayu Kedah. Rakyat negeri ini semestinya ternanti-nantikan istiadat itu kerana kali terakhir istiadat seumpamanya diadakan adalah 59 tahun lalu ketika pertabalan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Sultan Kedah Ke-28. Baginda mangkat pada 11 September 2017. Balairung Seri Istana Anak Bukit di sini bakal melakarkan sejarah apabila istiadat pertabalan Sultan Kedah diadakan buat pertama kalinya di balairung itu. Sebelum ini, istiadat berkenaan diadakan di Balai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya