KUALA LUMPUR 14 Okt. – Polis akan membuka kertas siasatan jika terdapat unsur jenayah dalam insiden struktur siling yang runtuh di Hotel Hilton, Brickfields, di sini. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh penyelia syarikat yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di siling hotel tersebut. “Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi ketika kerja-kerja penyelenggaran untuk sistem penggera kebakaran dijalankan di bahagian siling hotel itu. “Mangsa ketika itu bekerja seorang diri dan tiba-tiba berlaku runtuhan siling yang mengenai dirinya mengakibatkan kecederaan di kepala,” katanya dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya