KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya audit mendapati wujud unsur rasuah dan penyelewengan dalam pelaksanaan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP). Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau akan menilai sendiri pelaksanaan program itu sebelum melaporkan kepada SPRM, selepas dipercayai wujud unsur ketirisan melibatkan kontraktor yang dilantik secara terus dengan kos RM85 juta untuk membangunkan Akademi Mokhtar Dahari…










