Shahidan bantu siasatan polis - Utusan Malaysia

Shahidan bantu siasatan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman merakamkan keterangan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim selama enam jam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul seorang remaja perempuan di Perlis baru-baru ini.

Satu sumber memberitahu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberi kerjasama penuh ketika diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung dakwaan terhadapnya.

“Proses merakamkan kete­rangan beliau berlangsung selama hampir enam jam dan selesai pada sebelah petang pada hari ini (semalam).

“Siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan masih dijalankan,” kata sumber itu semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN