Setiausaha sulit MB Perlis didakwa beri keterangan palsu - Utusan Malaysia

Setiausaha sulit MB Perlis didakwa beri keterangan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG – Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas pertuduhan memberi keterangan palsu berkaitan seorang wanita didakwa mengedar dadah, Jun lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memberi atau mereka-reka keterangan palsu dengan maksud hendak menyebabkan (atau mengetahui mungkin bahawa) Sarina Kasim, 34, yang bekerja di sebuah syarikat swasta disabitkan dengan kesalahan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mengikut undang-undang boleh dihukum gantung sampai mati.

Tertuduh Herwadey Hashim, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Ampang Jaya, dekat sini pada pukul 11.30 pagi pada 29 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 194 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun tahun dan denda.

Sekiranya seseorang yang tidak bersalah disabitkan atau dihukum bunuh disebabkan keterangan palsu itu, maka orang yang memberi keterangan palsu itu hendaklah diseksa samaada dengan bunuh atau dengan seksaan yang tersebut dahulu dan ini. 

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dilarang menganggu mangsa, saksi pendakwaan dan pasport diserahkan ke mahkamah dan menetapkan 15 November ini untuk sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini