KOTA BHARU 9 Sept. – Seorang pemandu bas sekolah wanita didapati bukan sahaja berani memandu dengan lesen tamat tempoh, malah kenderaan dinaikinya itu didapati tidak diperbaharui cukai jalan dan insurans serta gagal menjalani pemeriksaan oleh Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom). Kesalahan wanita berusia 40-an itu dikesan oleh penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi pelaksanaan Operasi Khas Pengarah Siri 2, di sekitar Jalan Hamzah, di sini kira-kira pukul 10 pagi ini.…










