KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan menjelaskan serbuan berkaitan kes khalwat di negeri ini oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP). Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sehingga kini, pihak berkuasa itu melaksanakan tugas mengikut peraturan iaitu bertindak selepas menerima aduan termasuk daripada ketua kampung atau orang ramai. “SOP ini dibuat oleh mereka yang pakar dalam bidang ini, tiada…










