PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Jawatankuasa Asean mengenai Pengurusan Bencana (ACDM) memainkan peranan penting dalam menyelaras dan memperluaskan bantuan dan sokongan kepada Indonesia bagi menyalurkan bantuan selepas gempa bumi dan tsunami melanda Sulawesi minggu lepas. Beliau berkata, beberapa kawasan di Sulawesi seperti Palu, Donggala dan Sigi mengalami kerosakan besar akibat bencana itu dan kematian dilaporkan mencatat lebih 1,000 orang manakala lebih 60,000 rumah musnah dan 60,000…










