PUTRAJAYA 10 Okt. – “Semua okey, tiada apa-apa.” Demikian reaksi ringkas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebaik sahaja selesai memberikan keterangan selama lapan jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini. Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu enggan memberikan sebarang komen berhubung siasatan tersebut. “Saya tidak mahu komen. Semua okey, tiada apa-apa. Kasihan kamu (media) tunggu hujan-hujan,” katanya. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dilihat masuk ke Ibu pejabat SPRM pada pukul 9.20 pagi sebelum keluar pukul 5.40 petang. Turut dipanggil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya