Sembunyi dadah bawah timbunan tayar - Utusan Malaysia

Sembunyi dadah bawah timbunan tayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Helah seorang lelaki menyembunyikan dadah di bawah timbunan tayar tidak berjaya apabila dia ditahan pada serbuan di rumahnya di Kampung Sarang Tiong, Tanjung Gemok Rompin dekat sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, suspek yang berusia 37 tahun ditahan pada pukul 3.30 pagi semalam, beberapa jam selepas penahanan tiga suspek dadah di sebuah pondok di kampung berkenaan. 

Tiga suspek berusia antara 39 dan 16 tahun, semuanya positif dadah jenis syabu ditahan bersama-sama sebanyak 5.48 gram dadah jenis titu yang dianggarkan berjumlah RM800. 

“Siasatan awal mendapati, suspek yang berusia 16 tahun telah mengaku mendapatkan bekalan dadah daripada rakan sekampung yang seterusnya membawa kepada serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di situ.

“Pemeriksaan di kawasan luar rumah menemui satu bekas plastik berwarna coklat berisi sebanyak 12 paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 78.42 gram yang bernilai RM4,000,” katanya. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN