KUANTAN – Helah seorang lelaki menyembunyikan dadah di bawah timbunan tayar tidak berjaya apabila dia ditahan pada serbuan di rumahnya di Kampung Sarang Tiong, Tanjung Gemok Rompin dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, suspek yang berusia 37 tahun ditahan pada pukul 3.30 pagi semalam, beberapa jam selepas penahanan tiga suspek dadah di sebuah pondok di kampung berkenaan. Tiga suspek berusia antara 39 dan 16 tahun,…










