Sembilan peserta ekspedisi daki Gunung Gurja maut - Utusan Malaysia

Sembilan peserta ekspedisi daki Gunung Gurja maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU 13 Okt. – Sembilan peserta ekspedisi mendaki daripada Korea Selatan disahkan terkorban akibat ribut salji yang menghancurkan kem mereka di Gunung Gurja, Nepal.

Kesemua mereka, empat daripadanya adalah dari Korea Selatan dan empat lagi adalah pemandu arah dari Nepal ditemukan dalam runtuhan kem, namun angin kencang dan keadaan sejuk menghalang usaha pencarian.

Pendaki Korea Selatan yang pada awalnya dilaporkan hilang namun pihak berkuasa kini mengesahkan dia berasa di dalam kem tersebut ketika ribut dan dipercayai turut terkorban.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ekspedisi mereka diganggu angin kencang di pangkalan semasa pendakian ke Gunung Gurja. (Mereka) jatuh dari tebing dan meninggal dunia,” kata kementerian luar negeri Korea Selatan dalam satu kenyataan.

Juruterbang helikopter, Siddartha Gurung adalah antara orang pertama tiba selepas ribut dan menyifatkan kemusnahan total dengan khemah berserakan dan mayat pendaki yang bertaburan di seluruh kawasan itu.

“Segala-galanya sudah hilang, semua khemah diterbangkan angin,” kata Gurung. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini