Semakan Draf RT Kuala Terengganu dan Kuala Nerus - Utusan Malaysia

Semakan Draf RT Kuala Terengganu dan Kuala Nerus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 16 Okt. – Semua pihak yang berkepentingan diberi peluang untuk meneliti, menyemak dan mengemukakan maklum balas terhadap Draf Rancangan Tempatan (RT) Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dalam tempoh empat minggu bermula semalam hingga 16 November depan.

Semakan boleh dibuat di empat lokasi iaitu di lobi Menara PMINT, Majlis Bnadaraya Kuala Terengganu (MBKT); PlanMalaysia Negeri Terengganu (Tingkat 4, Wisma Negeri), Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu serta Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, pada masa sama, untuk hebahan, empat pendekatan dilakukan MBKT dan PLANMalaysia Negeri Terengganu untuk proses semakan dan maklum balas.

Katanya, pendekatan itu antaranya panel pameran sempena program perasmian di Dewan Tunku Abdul Rahman hari ini, diikuti notis akhbar yang disiarkan di dalam akhbar tertentu di samping semakan bergerak melibatkan 17 lokasi terpilih serta majlis penerangan dan taklimat untuk komuniti setempat.

“Di setiap lokasi semakan itu nanti, pihak urusetia telah menyediakan panel pameran dan dokumen Draf RT untuk pemeriksaan dan semakan serta borang bantahan awam untuk sebarang cadangan pandangan dan bantahan,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RT Daerah Kuala Terengganu 2035 dan Draf RT Daerah Kuala Nerus 2035 di Dewan Tunku Abdul Rahman.

Yang turut hadir, Datuk Bandar, Samiun Salleh dan Timbalan Pengarah Pembangunan PLANMalaysia Negeri Terengganu, Norhasnita Abdul Samad.

Dr. Alias seterusnya menasihatkan semua pihak t supaya jangan berlengah membuat semakan dan bantahan bagi mendapatkan maklum balas terhadap draf yang dicadangkan.

“Kita harap semakan dan bantahan dibuat segera, tanpa menunggu sehingga saat-saat terakhir,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN