KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan siasatan berhubung dakwaan kehilangan dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bernilai RM25 juta. Menurut Menterinya, Gobind Singh Deo, ia bagi memuktamadkan kes berkenaan dengan kadar segera serta memudahkan kementerian melakukan penstrukturan semula Finas. “Saya tidak menyatakan sesiapa bersalah tetapi apa yang penting ialah kerana wujudnya aduan dan aduan itu dalam siasatan, kita mahu lihat hasil siasatan,”…










