SAUDARA PENGARANG,BARU-BARU ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyarankan agar hukuman sebat dan penjara mandatori digubal sebagai hukuman bagi kesalahan rasuah. Sebagai seorang yang cakna dengan isu rasuah yang dilaporkan di media setiap hari, saya menyokong penuh cadangan ini. Sudah tiba masanya untuk kerajaan memberi perhatian khusus terhadap cadangan ini dan setiap lapisan masyarakat pula seharusnya menyambut baik perkara berkenaan demi memastikan negara kita ini dapat dibersihkan…










