KUALA LUMPUR 12 Okt. – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menganjurkan Pesta Bijak Labur bermula hari ini sehingga 14 Oktober bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang pasaran modal di Malaysia. Pengerusi SC, Tan Sri Ranjit Ajit Singh berkata, pihaknya komited untuk menggalakkan golongan muda Malaysia supaya membuat pelaburan sejak awal lagi. “SC mahu meyakinkan orang muda bahawa mereka tidak memerlukan duit berjuta untuk melabur lebih-lebih lagi golongan millenial kini berdepan cabaran…










