Sejujurnya penulis memang tidak meminati hobi mengumpul setem. Mungkin semasa kanak-kanak dahulu pernah menyimpan beberapa keping setem di dalam album, namun setakat itu sahaja. Bagi penulis, setem ini cuma sekeping kertas berbentuk empat segi sama atau tepat yang dijual di pejabat pos untuk dilekatkan di sampul surat sebelum di pos ke destinasi tertentu. Namun, berpeluang bertemu dengan pengumpul setem tegar, Nurul Hazah Ahmad Hayati, 41, menimbulkan persepsi yang berbeza mengenai…










