Saya tetap bersama Utusan - Utusan Malaysia

Saya tetap bersama Utusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
Saya amat bersyukur apabila Utusan Malaysia dapat terus beroperasi. Lebih-lebih lagi dengan wajah baharu yang sesuai mengikut keadaan masa kini.

Saya mula membaca Utusan Malaysia sejak kecil iaitu ketika berumur awal belasan tahun yang mana pada masa itu akhbar tulisan jawi iaitu Utusan Melayu.

Apabila Utusan Malaysia dalam tulisan rumi diterbitkan sekitar tahun 1960-an minat saya terus terhadap Utusan Malaysia sebagai akhbar pilihan. Begitu juga dengan Mingguan Malaysia (MM).

Pada peringkat permulaan MM memperkenalkan ruangan pendapat pembaca yang memberi peluang untuk berkongsi pandangan terhadap tajuk tertentu yang diutarakan serta menawarkan bayaran tertentu kepada mereka yang tulisannya terpilih sebagai pemenang pertama, kedua dan ketiga. Saya pernah terpilih.

Semangat saya untuk membaca Utusan Malaysia terus subur sehingga kini. Lebih menggembirakan ketika bekerja dengan sebuah agensi kerajaan, Utusan Malaysia adalah antara akhbar yang saya gunakan sebagai sumber maklumat mengenai isu semasa dan dasar kerajaan. Ini berlaku sejak tahun 1971 hingga 2002.

Beberapa tahun sebelum bersara, saya mula menghantar tulisan saya kepada Utusan Malaysia untuk ruangan Forum dan juga Pendapat. Alhamdulillah sebahagian besarnya disiarkan. Malah beberapa tulisan saya yang disiarkan dalam ruangan Pendapat itu mendapat bayaran saguhati dalam kadar tertentu untuk beberapa tahun antara 2002 dan 2006. Saya rasa terhutang budi dengan Utusan Malaysia. Terima kasih kepada Utusan Malaysia terutamanya pengarang yang memilih tulisan saya.

Oleh itu, saya ingin merakamkan sekali lagi perasaaan syukur saya dan berharap ia akan terus berada di pasaran dan di persada para peminat dan pembaca yang pelbagai golongan. Apatah lagi kini dengan penampilan wajah baharu yang lebih menarik.

SALLEH SAAD

Sungai Petani, Kedah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN