SAUDARA PENGARANG, SAYA peminat setia Utusan Malaysia dari harganya 15 sen sampailah sekarang. Dari usia saya ketika remaja hingga kini, tiada akhbar lain melainkan Utusan Malaysia. Ia tetap di dalam hati saya. Sekarang sudah berwajah baharu, memang cantik. Hanya saya ingin beri pandangan, perbanyakkan berita mengenai sukan terutama sukan dalam negeri. Ini termasuk jadual perlawanan dan keputusan Piala Emas Raja-raja, Piala Presiden dan banyak lagi. Kembalikan kegemilangan Utusan Malaysia! Harap Utusan Malaysia terus teguh. PEMBACA TEGAR Johor
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya