‘Saya belum pasti sertai F1’ - Utusan Malaysia

‘Saya belum pasti sertai F1’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Mick Schumacher, anak kepada legenda Formula Satu (F1), Michael memberi bayangan bahawa dia belum memiliki rancangan untuk menyertai arena F1, sebaliknya akan mengumumkan hala tuju sebenarnya dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Minggu lalu, pelumba berusia 19 tahun itu meraih gelaran juara Eropah bagi saingan Formula 3 Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) di Hockenheimring, Jerman yang secara tidak langsung menyuntik harapan peminat F1 untuk melihat kehebatan pewaris pelumba legenda itu bersaing di litar kegemaran bapanya.

Selepas bermula agak perlahan bagi mendapat rentak kemenangan pada awal musim, Mick mula ber­aksi cemerlang apabila meraih lapan kemena­ngan dalam enam pusi­ngan terakhir, sekali gus muncul juara dengan kelebihan 57 mata di depan pelumba muda Red Bull, Dan Ticktum.

“Adakah saya sudah bersedia untuk F1? Saya lebih gemar bermula dari bawah dengan langkah demi langkah selain perlu melakukan persediaan lebih baik terlebih dahulu.

“Pada saya, penting untuk sentiasa membuat keputusan yang tepat. Kami akan membuat keputusan dalam tempoh beberapa minggu lagi,” kata Mick.

Mick menambah, sudah tentu setiap pelumba memiliki impian untuk menjadi pemandu F1, ia merupakan kelas perdana dan berdiri bersama pelumba-pelumba terbaik pada saingan tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN