Saya akan guna mahkamah untuk bela diri - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Saya akan guna mahkamah untuk bela diri – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan menggunakan medium mahkamah untuk membela diri atas semua pertuduhan yang didakwa ke atasnya. 

“Saya akan gunakan mahkamah sebagai tempat yang terbaik untuk melakukan pembelaan,” katanya ketika ditemui selepas mambayar ikat Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, sebentar tadi.

Ujarnya, semasa perbicaraan beliau akan membuktikan segala pembinaan apa yang telah dilakukan seperti mahad tahfiz, masjid, surau dan rumah anak yatim termasuk lain-lain kebajikan.

“Namun ini bukan terbaik untuk tempat saya memberitahu perkara ini tetapi di mahkamah nanti saya akan memperjelaskan kesemuanya. Apa pun pendapat orang di luar sana saya serahkan kepada Allah S. W.T untuk menentukan.. Insya-Allah,” katanya lagi. 

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut berkata sebarang kerja amal baik dilakukan masih lagi dianggap sebagai sesuatu yang melanggar perundangan.

Terdahulu Ahmad Zahid yang didakwa atas 45 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN