ARAU 18 Okt. – Satu lagi mayat dalam keadaaan terapung ditemukan di Sungai Che Ok, Tambun Tulang di sini sebentar tadi.
Mayat itu dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan dua mayat wanita di Sungai Arau, Kampung Belat Batu dan Sungai Tambun Tulang pagi ini.
Mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti itu ditemukan kira-kira dua kilometer dari lokasi penemuan mayat kedua di Tambung Tulang sebelum itu. – UTUSAN ONLINE










