Satelit ICESat-2 kesan perubahan ketinggian ais - Utusan Malaysia

Satelit ICESat-2 kesan perubahan ketinggian ais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SATELIT milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), ICESat-2 yang membawa muatan instrumen laser tunggal telah dilancarkan dari Pangkalan Tentera Udara Vandenberg, California, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. Ia dikatakan telah selamat tiba di orbit.

Misi yang asalnya tertangguh dan melebihi belanjawan asal itu menggunakan Sistem Laser Altimeter Topografi Lanjutan (ATLAS) untuk memantau perubahan ketinggian ais Greenland dan Antartika dalam setahun.

NASA menyatakan bahawa altimeter laser akan diaktifkan sekitar dua minggu selepas ujian awal dan data dikumpulkan dari orbit kutubnya pada ketinggian purata 467 kilometer.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dibangunkan oleh syarikat perkhidmatan kejuruteraan, Fibertek dari Virginia, AS, laser yang dibawa oleh ICESat-2 ini memancarkan denyutan gelombang pada skala millijoule atau nano saat dengan kadar frekuensi bunyi setinggi 10 kilohertz (kHz).

Misi tersebut dijangka beroperasi secara berterusan selama tiga tahun. Ia dalam masa sama akan menghasilkan sekitar satu trilion denyutan.

Fibertek menyatakan metrik prestasi yang kuat itu adalah signifikan dengan peningkatan ketara dari aspek kerumitan dan kebolehan bergantung kepada sistem laser di ruang angkasa masa kini.

Cerun

Optik ATLAS direka bentuk berupaya membahagikan sumber laser kepada tiga pasang pancaran yang dipancarkan ke arah Bumi pada sudut yang berbeza sehingga terdapat jurang 3.3 kilometer di antara setiap pancaran.

Ia berbeza dengan pendekatan yang digunakan pada misi ICESat pertama yang dilancarkan antara tahun 2003 dan 2009 namun laser hanya beroperasi pada 40Hz. ICESat ialah singkatan kepada Satelit Ais, Awan dan Tanah.

Untuk melakukan kajian perubahan iklim, altimeter perlulah melakukan pengukuran ketinggian ais pada setiap 70 sentimeter (sm) di sepanjang landasan orbit.

Fibertek mengatakan bahawa keupayaan menganggar ketinggian di kawasan cerun dan permukaan kasar akan dipertingkat berbanding misi terdahulu.

Menurut pasukan ICESat-2, daripada kira-kira 20 trilion foton yang meninggalkan ATLAS, hanya kira-kira sedozen yang kembali ke teleskop satelit selepas melalui pusingan sekitar 3.3 milisaat.

Untuk mengesan foton yang kembali, sistem ini dilengkapi dengan teleskop berilium berdiameter 76sm.

Satu siri penapis pula akan memastikan bahawa cahaya dipancarkan tidak terganggu dengan refleksi cahaya matahari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini