BIARPUN mengalami patah tulang bahu serta kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL), namun ia tidak menjadi penghalang buat pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin untuk beraksi pada Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini. Adam yang beraksi bersama pasukan Petronas Sprinta Racing mengakui dia sudah mengharungi dua perlumbaan sebelum ini dalam keadaan sedemikian selepas terjatuh pada GP Jepun di Litar Twin Ring Motegi, sekali gus menyuntik semangatnya untuk berlumba di Sepang. Pelumba berusia 20 tahun itu juga berkata, dia sedia untuk mengambil ubat penahan sakit bagi menghadapi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya