Sambutan wira menanti Khabib di Dagestan - Utusan Malaysia

Sambutan wira menanti Khabib di Dagestan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAGESTAN, Rusia 9 Okt. – Khabib Nurmagomedov diraikan sebagai wira sebaik sahaja tiba di Rusia selepas melakar kemenangan menakjubkan ke atas Conor McGregor di Las Vegas, hujung minggu lalu.

Nurmagomedov tiba di tanah airnya, lewat petang semalam, dan disambut meriah oleh penyokongnya yang mahu menyaksikan dengan lebih dekat pemenang gelaran lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) itu.

“Apabila ada seseorang yang berkata bahawa saya tidak sukakan lompatan saya, tetapi sesungguhnya saya telah berusaha keras. Saya berharap saya tidak menyinggung perasaan sesiapapun dengan tingkah laku saya itu,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tindakannya itu tidak diambil peduli oleh ribuan peminatnya di Rusia yang cuba untuk bergambar dengannya sebaik Nurmagomedov tiba di Anzhi Arena, iaitu stadium bola sepak buat pasukan Anzhi Makhachkala di Dagestan.

Nurmagomedov kemudian bergambar bersama ahli pasukannya dan bapanya, Abdulmannap sebelum mempamerkan kepada umum tali pinggang yang dinanti-nantikan peminat yang bersorak kegembiraan.

Terdapat juga peminat yang cuba untuk menceroboh masuk ke dalam padang, tetapi mujur steward berjaya menghalang perbuatan mereka itu. Bagaimanapun, apa yang menjadi tanda tanya ialah sama ada Nurmagomedov akan menerima hadiah wang tunai selepas kemenangannya.

Atlet berusia 30 tahun itu sepatutnya menerima wang tunai sebanyak AS$2 juta (RM8.30 juta), tetapi buat masa ini, hadiah tersebut telah ditahan oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini