SEORANG pengguna Jalan Beserah hingga Chendor dekat Kuantan risau memikirkan laluan itu yang terlalu sesak untuk menampung kenderaan terutama semasa waktu puncak. Apatah lagi dia mendapati statistik menunjukkan laluan berkenaan mencatatkan kadar kemalangan maut yang tinggi setiap tahun. Dia mahu mencadangkan supaya Jabatan Kerja Raya menaik taraf jalan berkenaan daripada dua lorong kepada empat lorong. Mujur dia dapat mengemukakan aduan itu menerusi portal aduan.wanrosdy.com. Sekurang-kurangnya dia boleh menyuarakan kebimbangan dan…










