Salad beracun: Jangan ‘bunuh’ peluang eksport - Utusan Malaysia

Salad beracun: Jangan ‘bunuh’ peluang eksport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG 7 Okt. – Para petani diingatkan agar tidak mengambil jalan singkat dengan menggunakan racun yang berlebihan bagi mengekalkan kualiti produk sehingga boleh menjejaskan sektor eksport negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, tindakan sedemikian juga mampu membunuh peluang eksport barangan pertanian lain ke negara luar jika tidak dibendung.

“Tindakan Singapura (menarik balik salad) itu kita tidak boleh pertahankan produk-produk (petani) kita yang melanggari tahap racun yang diizinkan, kerana kita juga akan ambil tindakan sama sekiranya mana-mana produk pertanian dari luar negara yang diimport melanggari peraturan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mengambil pengajaran itu saya rasa jangan kita ambil jalan singkat untuk nak cantikkan produk sehingga kita guna racun yang berlebihan, harap petani-petani kita lebih berwaspada dan cermat pada masa akan datang,” katanya selepas merasmikan Hari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Johor 2018 di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Sallehuddin Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal dan Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Roff Mohd. Noor.

Salahuddin mengulas berkaitan penarikan semula produk Iceberg Lettuce (sejenis salad) yang dieksport ke Singapura kerana dicemari bahan kimia fipronil yang turut dijual di pasaran tempatan dengan jenama Vege 2 Fresh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini