PUTRAJAYA 18 Okt.- Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi disahkan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.
Menurut kenyataan SPRM, penahanan beliau berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan sebuah yayasan.
“Ia mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara,” kata kenyataan itu di sini hari ini.
Jelas kenyataan itu lagi, Ahmad Zahid akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
“Beliau akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2018 (esok), jam 8.00 pagi untuk pertuduhan tersebut,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE










