Rumah retak didakwa akibat projek pembetungan Langat 2 - Utusan Malaysia

Rumah retak didakwa akibat projek pembetungan Langat 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG 19 Okt. – Penghuni di sekitar Taman Taming Emas, Taman Bidara dan Taman Berjaya Baru di sini hidup dalam kebimbangan

apabila rumah yang didiami mereka retak dipercayai berpunca daripada pembinaan projek rangkaian pembetungan Langat 2.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Norzulaila Abd. Ghani berkata, projek pemasangan paip pembetungan sepanjang dua kilometer

pada kedalaman 18 meter di bawah tanah itu melalui kawasan penduduk dan menyebabkan gangguan pada struktur tanah.

“Saya diberitahu sebanyak 100 rumah mengalami keretakan di beberapa bahagian termasuk dinding, tiang, kaki lima dan pagar

sekaligus menimbulkan kerisauan penduduk.

“Selain itu, sisa-sisa tanah yang dikorek di tapak projek juga banyak masuk ke longkang menyebabkan aliran tersumbat. Kerja-kerja

pembinaan juga menyebabkan laluan penduduk semakin sempit dan dikhuatiri menghalang kenderaan seperti jentera bomba jika berlaku

kecemasan,’’ katanya selepas mengadakan lawatan di projek berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN