Rosmah tiba di ibu pejabat SPRM - Utusan Malaysia

Rosmah tiba di ibu pejabat SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 3 Okt.- Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini bagi memberi keterangan kepada suruhanjaya itu.

Rosmah tiba dengan menaiki kereta jenis Proton Perdana pada pukul 10.42 pagi, beliau dilihat memakai baju kurung berwarna hijau muda serta berselendang dan terus memasuki ibu pejabat SPRM.

Rosmah beri keterangan SPRM
ROSMAH Mansor tiba untuk memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hari ini. – UTUSAN ONLINE/ZAKI AMIRUDDIN

Barisan peguam Rosmah yang diketuai, Datuk K. Kumaraendran pula tiba lebih awal iaitu pada pukul 10 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber, Rosmah dipanggil oleh SPRM bagi memberi keterangan berhubung kes SRC International Sdn. Bhd. iaitu bekas subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain kes penggubahan wang haram.

Ini adalah kali ketiga Rosmah dipanggil  untuk memberi keterangan, kali terakhir Rosmah hadir ke ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan ialah pada 26 September lalu dan disoal siasat hampir 13 jam. 

Rosmah masuk ke ibu pejabat SPRM
ROSMAH Mansor tiba untuk memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hari ini. – UTUSAN ONLINE/ZAKI AMIRUDDIN

Kali pertama Rosmah dipanggil memberi keterangan kepada SPRM ialah pada 5 Jun lalu dan disoal siasat lebih lima jam.

Sebelum ini, media melaporkan Rosmah mungkin berdepan sehingga 20 pertuduhan jenayah yang kebanyakannya membabitkan penggubahan wang haram. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini