PUTRAJAYA 3 Okt.- Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini bagi memberi keterangan kepada suruhanjaya itu. Rosmah tiba dengan menaiki kereta jenis Proton Perdana pada pukul 10.42 pagi, beliau dilihat memakai baju kurung berwarna hijau muda serta berselendang dan terus memasuki ibu pejabat SPRM. ROSMAH Mansor tiba untuk memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)…










