Rosmah ditahan, akan didakwa esok - Utusan Malaysia

Rosmah ditahan, akan didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 3 Okt.- Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ditahan pada pukul 3.20 petang ini ketika memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, Rosmah ditahan ketika memberi keterangan kepada SPRM dan isteri bekas Perdana Menteri itu akan didakwa esok.

Rosmah hari ini hadir ke ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan buat kali ketiga, beliau tiba pada pukul 10.42 pagi sambil ditemani barisan peguamnya.

Rosmah dipanggil oleh SPRM bagi memberi keterangan berhubung kes SRC International Sdn. Bhd. iaitu bekas subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain kes penggubahan wang haram.

Sebelum ini, media melaporkan Rosmah mungkin berdepan sehingga 20 pertuduhan jenayah yang kebanyakannya membabitkan penggubahan wang haram.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN