PUTRAJAYA 3 Okt.- Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ditahan pada pukul 3.20 petang ini ketika memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut sumber, Rosmah ditahan ketika memberi keterangan kepada SPRM dan isteri bekas Perdana Menteri itu akan didakwa esok. Rosmah hari ini hadir ke ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan buat kali ketiga, beliau tiba pada pukul 10.42 pagi sambil ditemani barisan peguamnya.…










