KUALA LUMPUR 8 Okt. – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa atas 17 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7 juta hari ini membayar jaminan baki RM1 juta daripada jumlah keseluruhan RM2 juta yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Khamis lalu. Dengan jumlah tersebut, Rosmah telah menjelaskan RM1.5 juta jaminan setelah membayar RM500,000 ketika dihadapkan ke mahkamah pada Khamis lalu dan kini hanya…










