SAUDARA PENGARANG, Tindakan kerajaan untuk menaikkan harga jualan runcit rokok menjelang akhir bulan ini, bagi saya adalah satu keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa. Apakah sebenarnya matlamat tindakan ini? Mengutip lebih banyak cukai daripada perokok untuk menambah hasil kerajaan Pakatan Harapan (PH) atau mengurangkan bilangan perokok? Kita perlu jelas dengan apa yang mahu dilakukan kerana jika tidak, ia akan menjadi satu usaha sia-sia. Jika ia bermatlamat mengutip lebih banyak hasil untuk…










