RMK-11: PM beri jaminan tingkat keupayaan belia TVET - Utusan Malaysia

RMK-11: PM beri jaminan tingkat keupayaan belia TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan komited dengan usaha meningkatkan keupayaan belia dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) bagi memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Berucap membentangkan usul mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) (2016-2020): Keutamaan dan Penekanan Baharu di Dewan Rakyat di sini hari ini, Mahathir mahu institusi TVET mempelajari dan menerima guna amalan terbaik dari Jepun melalui penerapan pengetahuan serta kemahiran teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran.

“Kerjasama industri dan akademia yang lebih erat adalah penting untuk memadankan penawaran dengan permintaan.

“Keutamaan akan diberikan untuk membangunkan kemahiran berkaitan industri dengan melaksanakan program berasaskan industri dan mengiktiraf teknologis sebagai profesional,” katanya.

Perdana Menteri berkata, bagi mencapai matlamat itu, kerajaan memberi jaminan akan meneruskan program latihan pra-pekerjaan di bawah skim Latihan Bakal Pekerja dengan menyediakan dana bagi membiayai yuran program di pusat pembangunan kemahiran negeri. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN