KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini susulan kadar faedah dan dolar AS yang mengukuh, kata peniaga. Pada 9 pagi, mata wang tempatan mencatatkan 4.1470/1500 berbanding 4.1440/1490 pada penutupan Jumaat. Seorang peniaga berkata persekitaran luaran tidak memihak kepada kepada mata wang Asia, termasuk nota tempatan. “Ketegangan perdagangan AS-China hampir mustahil untuk memberi keyakinan kepada peningkatan harga. dengan permintaan terhadap ringgit berkurangan menjelang pembentangan belanjawan akan datang,” katanya.…










