GUA MUSANG 14 Okt. – Lebih 300 penduduk Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Aring 5, di sini, hidup dalam ketakutan apabila kawasan kebun dan penempatan mereka diganggu kira-kira 15 ekor gajah liar sejak tiga bulan lalu. JAMAL ALIAS Gajah itu bukan sahaja memusnahkan tanaman pisang dan getah, tetapi juga berkeliaran di kawasan rumah penduduk kampung. Seorang penduduk Orang Asli, Jamal Alias, 32, berkata, sejak kebelakangan ini, gajah tersebut kerap keluar daripada kawasan hutan berhampiran sehingga mereka terpaksa berjaga malam untuk mengawal keselamatan. Katanya, Khamis lalu, pintu rumahnya juga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya