PUTRAJAYA 2 Okt.- Jabatan Imigresen memperkenalkan reka bentuk Pas Malaysia dan Visa Malaysia yang baharu menerusi penambahan terapan hologram dan ciri keselamatan. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, kedua-dua dokumen itu mempunyai rekabentuk latar belakang dan nombor siri keselamatan dengan cetakan pelangi. “Kedua-dua dokumen ini dikeluarkan untuk warga asing memasuki Malaysia bagi tujuan tertentu. “Kelainan terbaharu ini merupakan penambahan dilakukan Jabatan Imigresen bagi meningkatkan soal keselamatan dan kedaulatan…










