Real Madrid pincang - Utusan Malaysia

Real Madrid pincang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETIADAAN penyerang berbisa. Cristiano Ronaldo (gambar kecil) ternyata mengubah rentak Real Madrid yang tewas mengejut 0-1 kepada CSKA Moscow pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Luzhniki semalam.

Skuad gergasi bola sepak Sepanyol itu juga seakan-akan hilang taring apabila Julen Lopetegui yang mengemudi The Galaticos selepas peletakan jawatan Zinedine Zidane pertengahan tahun ini belum menemui magisnya.

Real yang mempertaruhkan Karim Benzema sebagai pemusnah juga masih belum menemui sentuhan apabila tumpul di depan gawang sepanjang enam perlawanan lalu.

“Saya percaya dengan kerja keras dan sentiasa tenang, dia akan kembali menemui sentuhan berbisanya tetapi kekalahan malam ini (semalam) bukan kesalahan Benzema seorang sahaja tetapi semua pasukan harus bertanggungjawab,” ujar Lopetegui.

Nikola Vlasic yang dipinjam daripada Everton menjadi duri dalam daging The Galaticos apabila menjaringkan gol tunggal pada minit kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN