KETIADAAN penyerang berbisa. Cristiano Ronaldo (gambar kecil) ternyata mengubah rentak Real Madrid yang tewas mengejut 0-1 kepada CSKA Moscow pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Luzhniki semalam. Skuad gergasi bola sepak Sepanyol itu juga seakan-akan hilang taring apabila Julen Lopetegui yang mengemudi The Galaticos selepas peletakan jawatan Zinedine Zidane pertengahan tahun ini belum menemui magisnya. Real yang mempertaruhkan Karim Benzema sebagai pemusnah juga masih belum menemui sentuhan apabila tumpul di…










